Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 : Hari 6 : Melawat Kem Zamka

60334437_2187763934643766_7895898903810146304_n

Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)

Hari 6 | 7 Mei 2019

Melawat Kem Zamka

Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care melawat Kem Zamka yang terletak di sana sebuah telaga yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia melaui Syria Care.

Telaga ini telah digali sedalam 100 meter dan digunakan untuk keperluan harian para pelarian di sana, Ia juga dilengkapi dengan tempat wuduk untuk kegunaan jemaah masjid khemah berdekatan.

Kemudian para petugas misi mengambil kesempatan untuk ziarah keluarga Makcik Safa. Pada Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 (November-Disember 2018), Makcik Safa datang bertemu Ustazah Siti Sakinah dan mengadu tentang ketiadaan air di kawasan kem tersebut. Asbab daripada itu, Syria Care mengambil inisiatif untuk membina sebuah telaga di situ.

Pada kunjungan kali ini, Syria Care turut memberikan sumbangan kepada keluarga Makcik Safa atas inisiatif.

Video Telaga Qabbasin tajaan rakyat Malaysia melalui Syria Care: https://www.youtube.com/watch?v=VcFtLwBGJmc&t=9s

_______

Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;

• Maybank: 562106653575

• CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:

• https://syriacare.org.my/donate/

atau

• https://www.billplz.com/KRAK7

#misikemanusiaansyriacare9 #kempenramadanalkhair7 #raikanramadanbersama

Kongsi Artikel Ini