Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0: Ziarah rumah balu

50274394_2019513264802168_7121576451358326784_n

17 Januari 2019
Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0 (2019)

Ziarah kem-kem kecil sekitar Arsal, Lubnan
Edisi : Rumah balu dan 7 anak yatim

Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0 menziarahi kem-kem kecil di sekitar Arsal yang mana rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah balu bersama tujuh orang anak yatim.

Sudahlah kematian suami dan bapa, mereka lari dari negara sendiri untuk menumpang teduh di negara jiran. Namun, pelbagai rintangan yang mereka terpaksa hadapi termasuklah cuaca yang sangat sejuk ini.

Melihat kesusahan yang mereka hadapi Syria Care menyampaikan bantuan wang tunai yang dikirim oleh penyumbang dari Malaysia.

Mereka juga menerima kupon diesel 60 liter serta kupon barangan dapur yang dapat ditebus ketika agihan bantuan nanti.

Syria Care mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

[huge_it_slider id=”585″]

#misikemanusiaansyriacare8 #bantuanmusimsejuk #arsallubnan

Kongsi Artikel Ini