Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0: Penyediaan Diesel untuk Agihan

50436373_2017499485003546_310972481387102208_n

17 Januari 2019

Pihak petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0 telah turun ke stesen minyak untuk melihat sendiri proses mengisi diesel ke dalam bekas-bekas plastik sebelum diagihkan kepada pelarian di kawasan ini.

Buat pengetahuan semua, dalam misi kali ini pihak kami mengagihkan 60 liter diesel bagi setiap keluarga. Ia merupakan jumlah yang besar bagi mereka dan rata-rata yang menerimanya begitu teruja dan mengucapkan terima kasih buat semua rakyat Malaysia di atas keperihatinan mereka terhadap kesusahan yang nereka lalui.

Setakat ini 60,000 liter diesel telah dibeli bagi agihan kepada 1000 keluarga pelarian di sini.

[huge_it_slider id=”581″]

#misikemanusiaansyriacare8 #bantuanmusimsejuk #kemarsallubnan

 

Kongsi Artikel Ini