Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0: Masjid Asyafaq

50628553_2019284124825082_5510337217068793856_n

18 Januari 2019
Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0 (2019)

Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0 hadir atas jemputan Imam Besar Masjid Asyafaq untuk bersarapan di sana.

Sebelum itu, beliau memberi taklimat berkenaan aktiviti halaqah Quran yang dijalankan. Bermula dengan 5 halaqah mereka sekarang sudah ada 25 halaqah di mana anak-anak yang terdiri daripada anak-anak pelarian Syria dari kem-kem berdekatan dan juga anak-anak tempatan.

Kami diperdengarkan dengan bacaan al Quran oleh salah seorang pelajar dan juga bacaan syair berkenaan anak yatim dari pelajar yang lain.

Pada pagi itu kami dijamu roti yang ditabur zaatar dan minyak zaitun.

[huge_it_slider id=”583″]

#misikemanusiaansyriacare8 #arsallubnan #bantuanmusimsejuk

Kongsi Artikel Ini