Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 : Jualan Amal di Reyhanli, Turki

47484318_1965009020252593_4191668706851422208_o

Hari kesepuluh
Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0

Tarikh : Sabtu, 10 Disember 2018
Kunjungan ke Jualan Amal Markaz Soni’ul Amal dan Markaz Amal di Rayhanli

Pada hari kesepuluh pasukan Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0, berkesempatan menziarahi jalan amal pada kedua-dua markaz ini.

Hasil jualan amal ini bakal membantu rakyat Syria yang cedera akibat peperangan khususnya bagi mereka yang berada di sini. Malahan turut dibantu para isteri kepada suami yang cedera.

Ia sekali gus memberi sokongan moral dan membantu dari segi kewangan serta memberi latihan skil kepada golongan sasaran tersebut.

Berbagai jenis makanan serta kraftangan dijual di sana. Lebih mengujakan apabila pasukan misi sempat bertemu dengan adik Rayyan di sana kerana dia juga menjual barang-barang kraftangannya.

Pertemuan pertama dengan Rayyan pada Misi Kemanusiaan Syria Care 4.0 (2017)
https://www.facebook.com/syria.care/videos/1544733948946771/

#misikemanusiaansyriacare7

 

[huge_it_slider id=”548″]

Kongsi Artikel Ini