Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 : Agihan bantuan di Turkman Bareh

47580803_1958283240925171_7176567876881481728_o

Hari keenam
Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0

Tarikh : Selasa, 4 Disember 2018
Lokasi : Agihan Pek Pakaian dan Selimut di Turkman Bareh.

Pada hari keenam, pasukan misi dibawa ke Turkman Bareh (Syria). Paling istimewa apabila pasukan misi berkesempatan bertemu dengan adik Sham dan Ustazah Sakinah memberinya hadiah topi kait (crochet) yang disumbangkan oleh Crochet Knit Artiste Group.

Program diteruskan lagi dengan agihan bantuan yang ditaja oleh rakyat Malaysia melalui tabung Bantuan Musim Sejuk melalui Syria Care..

Untuk makluman semua, agihan ini adalah agihan yang pertama di Turkman Bareh.

Agihan kali ini termasuklah:
1203 jaket
787 topi
394 selimut
675 sarung tangan
625 kasut but
663 sarung kaki
937 beg

Sham juga bantu mengagihkan bantuan kepada penduduk setempat.

Kemudian, pasukan misi dibawa menziarah dapur untuk persediaan agihan makanan Fidyah yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Makanan itu diagihkan untuk para pelajar di Madrasah Syar’iah di situ.

Alhamdulillah. Agihan kali ini selamat disempurnakan dengan bantuan dan kerjasama dari Turkiye Diyanet Vakfi (TDV).

#misikemanusiaansyriacare7

Link travelog misi bersama Sham:
https://www.facebook.com/syria.care/photos/a.1948465815240247/1958121427608019/?type=3&theater

 

[huge_it_slider id=”540″]

 

[huge_it_slider id=”541″]

 

Kongsi Artikel Ini