MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE 6: PERTEMUAN BERSAMA SHAAM

0004

Pertemuan telah diaturkan diantara pihak Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0 untuk bersama adik Shaam.

Dia baru sahaja tiba di Utara Syria dari Babila, Selatan Damsyik.

Perjalanannya ke tempat pertemuan ini mengambil masa selama 5 hari hari akibat ditahan di pertengahan jalan.

Shaam sekeluarga dan ribuan penduduk Selatan Damsyik terpaksa akur dan keluar dari kawasan tersebut akibat serangan yang sangat dahsyat di sana.

Pertemuan ini berlaku di sebuah masjid di Souran yang juga menjadi tempat pembelajaran Maahad Abdullah Ibn Huzafah.

Shaam datang bersama ayahnya dan Syria Care sangat terharu dengan pertemuan ini setelah sekian lama hanya dapat berhubung melalui alam maya sahaja.

Shaam turut memaklumkan kepada team misi bahawa dia bakal menduduki Tahun Satu tidak lama lagi.

Doakan yang terbaik untuk Shaam dan keluarganya.

#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #misikemanusiaansyriacare6 #SyriaCareforhumanity

[huge_it_slider id=”192″]

 

Kongsi Artikel Ini