Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 : Maahad Muhajirin Dan Ansar

23509364_1497881216965378_4730567527998797604_o

Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 : Maahad Muhajirin Dan Ansar, Antakya, Turki
29 Oktober 2017

Maahad ini di antara maahad yang pernah dilawati Ustazah Sakinah dalam misi terakhirnya November lalu.

Untuk misi kali ini, Ustazah Sakinah dan pasukan petugas Syria Care sekali lagi mengunjungi maahad ini yang menumpang bangunan sebuah masjid di Antakya.

Walaupun menumpang bangunan dan guru-gurunya mengajar secara sukarela namun anak-anak di sini terus bersemangat untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Dalam puluhan anak-anak yang belajar di sini, Ahmad seorang budak lelaki yang berasalnya dari Homs telah menghafal keseluruhan kitab suci Al-Quran.

Di samping memberi bantuan buat para guru dan pengurusan maahad ini, pihak Syria Care juga telah memberi saguhati kepada Ahmad di atas usaha bersungguh-sungguhnya dan sebagai galakan untuk mereka yang lain untuk menjadi hafiz juga.

Malah Ustazah Sakinah sewaktu berinteraksi dengan anak-anak comel ini telah berjanji akan cuba menziarahi mereka lagi dan pihak mereka pula berjanji apabila Ustazah dan pasukan petugas Syria Care datang lagi mereka akan kesemuanya menjadi hafiz dan hafizah yang membawa Quran dalam hati dan tingkah laku mereka.

Semoga Allah mempermudahkan urusan anak-anak Syurga ini.

Kongsi Artikel Ini