Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0: Duta Besar Malaysia di Turki

1

✔ Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0
✔ Kunjungan Hormat Syria Care ke Duta Besar Malaysia di Turki
✔ Hari Kedua
✔ 25 Oktober 2017

Hari ini Rabu 25/10/2017 pasukan Syria Care telah berangkat ke Ankara untuk pertemuan bersama Duta Besar Malaysia di Turki, Datuk Abdul Razak Abdul Wahab.

Datuk Duta mengalu-alukan kedatangan pasukan Syria Care ke Kedutaan dan menganggap kedatangan itu sangat wajar. Dalam kesempatan itu, Datuk Duta telah memberi nasihat serta informasi-informasi yang sangat berguna.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu Ustazah Sakinah Pengerusi Syria Care telah berkongsi tentang usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi membantu rakyat Syria.

Juga berkenaan kerjasama yang dibuat dengan NGO-NGO tempatan di Syria yang telah pun berdaftar di bawah kerajaan Turki. Pertemuan juga dihadiri oleh Dr. Husammuddin As-Saraqbi, Pegawai Hubungan Luar Syria Care di Turki dan Saudara Ammar Rahhal.

Tuan Duta sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberi dan berkali-kali mengucapkan tahniah dan syabas kerana pihak Syria Care mengambil langkah-langkah yang wajar bagi memastikan semua bantuan yang dihantar sampai kepada sasaran.

Pertemuan berakhir dengan sesi fotografi pasukan Syria Care dan Datuk Duta di sisi bendera Malaysia.

[huge_it_slider id=”64″]

 

 

Kongsi Artikel Ini