Misi Kemanusiaan Syria Care 4.0: Ziarah pejabat IHH Reyhanli, Hatay

15338613_1173284089425094_5205981686005741486_n

Pada 26hb November 2016 sewaktu menjalankan Misi Kemanusiaan Syria Care 4.0,Ustazah Sakinah,wakil Syria Care di Turki Dr.Hussam Sarqbi dan krew dari Astro Awani Saudara Nazri Kahar dan Sallehin Hussein telah mengadakan kunjungan ke pejabat IHH di Reyhanli. Rombongan disambut oleh Saudara Zaki Tahir Oğlu.Saudara Zaki berkata nama Syria Care bukan asing lagi bagi mereka. Kontena-kontena yang kita hantar ke pelabuhan Mersin di Turki akan dikeluarkan oleh IHH sebelum dibawa masuk ke dalam Syria. Mereka semua telah berbincang tentang berbagai perkara dan rombongan dibawa melihat ke sekeliling kawasan kompleks pejabat ini.

Rombongan juga dibawa ke kilang roti yang menghasilkan 170,000 keping roti sehari.Namun kebetulan pada hari itu kilang tersebut tidak beroperasi sekarang keesokannya roti tidak dapat dihantar masuk ke dalam Syria. Di samping itu rombongan juga dibawa ke gedung menyimpan sumbangan orangramai yang kebanyakannya dari rakyat Turki sendiri.

Apabila ditanya tentang kontena yang dihantar dari Syria Care adakah barangannya dibawa masuk ke gudang untuk sorting Saudara Zaki berkata kontena dari Syria Care cuma parking di luar sekejap sebelum dihantar masuk ke dalam Syria.

Pihak Syria Care berterimakasih di atas sokongan dan bantuan yang diberi oleh usaha-usaha Syria Care selama ini.

Kongsi Artikel Ini