Pada hari keempat Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0, para petugas misi telah membuat lawatan ke tapak pembinaan rumah hasil daripada sedekah orang ramai yang terletak di Al Bab, Aleppo. Buat pengetahuan semua, ini merupakan fasa kedua pembinaan rumah ini. Dalam fasa yang pertama, kita telah membina sebanyak 8 unit rumah. Pada fasa kedua ini pula, sebanyak 12 unit rumah bakal dibina dimana setiap tingkat mempunyai 6 unit rumah.
Banyak faktor yang diambil kira ketika proses pembinaan rumah ini seperti faktor pengudaraan dan pencahayaan memandangkan ketika musim sejuk, tempoh siang adalah lebih pendek. Di samping itu, paip air dan elektrik juga dibekalkan buat penghuni di sini bagi memudahkan urusan harian mereka. Rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi ini bakal didiami oleh keluarga-keluarga susah yang telah dipilih dan juga keluarga ibu tunggal dan anak yatim.
Terima kasih buat rakyat Malaysia yang bersedekah untuk pembinaan rumah ini. Diharapkan rumah ini dapat mengurangkan beban yang dialami oleh keluarga-keluarga yang kesusahan di Syria.
#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain