Misi kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah mangsa konflik (3)

WhatsApp Image 2019-11-25 at 9.46.29 AM (1)

Pada hari keenam misi, 23 November 2019, para petugas meneruskan misi dengan melawat seorang lagi mangsa konflik.

Basyir Ali Al-Hansy atau Abu Rateb merupakan ayah kepada seorang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Abu Rateb tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas harian untuk keluarganya kerana keadaan fizikalnya tidak mengizinkan dia untuk bekerja.

Dia telah terkena bom yang dilepaskan dari helikopter di kawasan tempat tinggalnya dan telah mengalami kecederaan yang sangat teruk. Kaki kirinya terputus. Mata kanannya rosak sama sekali dan sebahagian hidungnya juga tercedera. Selain itu, tangan kirinya hancur dan terpaksa dipotong ekoran keadaan perubatan ketika itu agak dhaif.

Selepas beberapa ketika, satu-satunya anak lelaki dia meninggal dunia. Dia hanya tinggal bersama anak-anak perempuannya yang berumur 7 hingga 16 tahun. Mereka masih tidak mampu sepenuhnya untuk menjaga ayah mereka yang uzur.

Semasa lawatan, para petugas misi telah menyampaikan sumbangan wang ringgit, pek makanan dan juga selimut buat Abu Rateb dan keluarganya. Semoga beban dibahunya dapat diringankan sedikit dengan bantuan ini.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini