Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah mangsa konflik (2)

WhatsApp Image 2019-11-25 at 9.35.06 AM (1)

Selepas menziarahi mangsa konflik yang pertama, para petugas meneruskan misi pada hari keenam, 23 November 2019 dengan menziarahi mangsa kedua, Rudainah.

Hidup Rudainah berubah setelah dia terlibat dalam kebakaran yang berlaku di khemahnya sendiri.

Disebabkan oleh sistem penapisan minyak yang tidak beberapa sempurna, api telah menyambar pakaiannya dan merebak ke seluruh khemah sewaktu wanita ini sedang cuba menghidupkan api untuk memasak.

Dia melarikan diri dari tempat kejadian tetapi ketika itu tubuh badannya sudahpun terbakar. Insiden ini telah menyebabkan kulit di wajah dan seluruh badannya berubah akibat disambar api.

Rudainah perlu menjalani beberapa pembedahan untuk kembali kepada keadaan asalnya tetapi dia tidak mempunyai wang dan ubat-ubatan. Dia berharap satu hari nanti dia mampu mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan tersebut.

Pihak Syria Care telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang, pek makanan dan selimut kepada Rudainah sekeluarga. Diharapkan dengan bantuan yang disalurkan dapat mengurangkan sedikit kesedihan di hati wanita ini.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini