Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah Maahd Abi Hanifah

WhatsApp Image 2019-11-26 at 12.50.41 PM (1) - Copy

Seterusnya pada hari kelapan, 25 November 2019, para petugas misi telah menziarahi Maahad Abi Hanifah.

Syria Care telah membantu dalam pembangunan dan penyediaan maahad ini daripada awal penubuhannya sehingga ke hari ini.

Projek-projek pendidikan seperti ini dititikberatkan kerana kejahilan di sana amat besar. Remaja berumur 15 tahun dan kebawah tidak tahu apa-apa mengenai agama Islam disebabkan oleh keadaan kehidupan mereka.

Penubuhan maahad ini bertujuan untuk membantu remaja-remaja di sana mendapatkan pendidikan yang sepatutnya buat masa depan mereka. Bagi pelajar sepenuh masa, asrama, makanan dan segala keperluan mereka disediakan secara percuma.
Bagi pelajar separuh masa pula, maahad ini menyediakan kelas-kelas musim panas. Antara subjek yang diajar termasuklah tahfiz Al-Quran dan ulumuddin.

Alhamdulillah, maahad ini telah berjaya melahirkan 27 orang hafiz Al-Quran. Sebahagian daripada mereka telahpun mendapat ijazah dan sanad yang bersambung.

Kali ini, para petugas misi hadir untuk meraikan majlis graduasi ‘batch’ pertama maahad ini. Alhamdulillah, maahad ini banyak berjasa dalam melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri yang tinggi dan bersedia untuk mengeluarkan masyarakat daripada kejahilan.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini