Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah ke tapak Sekolah Ulfah

WhatsApp Image 2019-11-27 at 2.02.38 PM (1)

Memandangkan keperluan pendidikan khususnya kepada anak-anak yatim amat penting, maka pihak Syria Care telah membuat keputusan untuk membina bangunan tambahan kepada sekolah Ulfah yang sedia ada. Pembinaan tambahan sekolah ini bermatlamat untuk memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak perempuan yatim untuk menerima pendidikan.

Buat masa sekarang, bangunan ini menempatkan seramai 180 pelajar laki-laki. Bangunan tambahan ini pada peringkat awal akan menempatkan seramai 120 orang anak-anak yatim perempuan yang buat masa sekarang ini hanya belajar di dua buah kontena yang usang tanpa kelengkapan asas yang mencukupi.

Sekolah yang sedang dibina ini akan mempunyai enam buah kelas berserta bilik guru, bilik pentadbiran, dapur, ruang bawah tanah dan juga tangki air. Pembinaan sekolah ini masih berjalan sehingga ke hari ini, 4 Disember 2019 dan masih memerlukan sebanyak RM 128,181.00 lagi bagi melengkapkan projek ini.

Sewaktu menjalankan misi Kemanusiaan Syria care 11.0, Ustazah Siti Sakinah dan para petugas telah meninjau ke kawasan pembinaan perluasan sekolah tersebut. Mereka difahamkan bahawa batu-batu yang digunakan telah dipilih khas supaya dapat menampung dan menahan pelajar-pelajar daripada cuaca panas. Selain itu, ianya juga tidak terlalu sejuk pada musim sejuk.

Kami amat berharap proses pembinaan ini dapat dipercepatkan supaya kanak-kanak yatim perempuan yang sedang belajar di kontena-kontena itu dapat belajar dalam suasana yang lebih baik dan sempurna. Setakat ini, Sekolah Ulfah merupakan sekolah terbaik yang terdapat di kawasan Atma. Alhamdulillah, sekolah ini mampu menyediakan prasarana yang memuaskan dan memberi pendidikan buat kanak-kanak mangsa peperangan yang telah menjadi pelarian ke kawasan ini.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini