Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah IHH

WhatsApp Image 2019-11-30 at 3.10.20 AM

Pada 29 November, selepas para petugas keluar dari Syria, mereka telah menziarahi pejabat IHH di Reyhaniah dan telah berjumpa dengan Saudara Zaki Tahir Oğlu yang merupakan ketua di jabatan tersebut.

Perjumpaan ini dilakukan bagi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan mereka hingga membolehkan pihak Syria Care masuk ke dalam Syria dan melaksanakan tugas agihan serta menziarahi keluarga-keluarga yang amat memerlukan dalam Syria.

Tanpa bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pihak IHH, segalanya tidak mungkin dapat dilaksanakan. Diharapkan kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih baik agar pelarian-pelarian Syria terus dapat dibantu.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini