Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | ‘Shoe box gift’

WhatsApp Image 2019-11-27 at 2.38.19 PM

‘Shoe box gift’ merupakan satu projek yang dilaksanakan oleh Syria Care bagi memberi peluang untuk anak-anak Malaysia memberi hadiah peribadi kepada anak-anak di Syria. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan terhadap projek ini amat menggalakkan.

Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam projek ini termasuklah Brainy Bunch International Islamic Montessori School Cyberjaya, Genius Aulad Putra Height dan Sungai Buloh, serta Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam. Terdapat juga sumbangan daripada individu-individu yang turut sama menjayakan projek ini.

Sebanyak 22 kotak besar yang memuatkan kotak-kotak hadiah daripada Malaysia ini telah dibawa ke Syria untuk diagihkan sewaktu misi kemanusiaan yang dijalankan baru-baru ini. Para petugas telah membuat agihan ‘shoe box gift’ ini di sekolah Ulfah yang menempatkan anak-anak yatim di sekitar Atma, Syria.

Alhamdullillah, atas usaha yang telah diberikan oleh semua pihak, projek ini berhasil memberikan senyuman kepada anak-anak yatim di sana. Jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak ini apabila mereka membuka hadiah yang diterima daripada rakan-rakan mereka walaupun tidak pernah bersua muka. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan diberkati Allah s.w.t.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini