Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Majlis anak yatim.

JPEG image 9-3

Seramai 150 orang anak yatim telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Albab, Syria pada 23 November 2019. Anak-anak ini merupakan anak yatim yang ditaja oleh rakyat Malaysia melalui The Orphans Project by Syria Care.

Pada majlis ini, mereka bersama-sama petugas misi berada di sebuah dewan besar yang meriah serta dipenuhi belon-belon dan hadiah. Majlis dimulakan dengan persembahan oleh anak-anak yatim diikuti dengan sesi konferen video lintas langsung bersama rakyat Malaysia.

Sesi video konferen ini telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang menaja anak-anak yatim ini untuk berhubung terus dengan anak yang ditaja.

Alhamdullilah, jelas terpancar wajah kegembiraan anak-anak ini apabila dapat bersua muka secara langsung dengan ‘ibu bapa’ mereka.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini