Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan diesel di Kem Al Abyadh

WhatsApp Image 2019-11-29 at 11.45.41 AM (1)

Pada hari terakhir misi kemanusiaan, agihan diesel telah dibuat di kem Al Abyadh yang terletak di Al Atarib. Kali ini para petugas melawat khemah-khemah pelarian yang didirikan di atas kawasan bukit.

Pada musim panas, keadaan di kem ini akan menjadi sangat panas. Pada musim sejuk pula, dengan ketinggian kawasan ini, para pelarian akan merasai cuaca sejuk yang amat dahsyat. Mereka tiada pilihan lain kecuali tinggal di sini kerana tapak di kawasan tersebut adalah percuma.

Ketika menziarahi kem ini, sebanyak 20 liter diesel telah diberikan kepada setiap keluarga di sana, Alhamdulillah, sebanyak 200 keluarga telah mendapat manfaat daripada agihan ini. Semoga bekalan diesel yang diagihkan dapat membantu menghangatkan tubuh badan mereka dan mengurangkan kesejukan yang mereka hadapi.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini