Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Syria Care

WhatsApp Image 2019-11-30 at 3.10.28 AM

Agihan diteruskan oleh petugas-petugas misi di Kem Syria Care yang terletak di Kah, Ref Idlib. Buat pengetahuan semua, kem ini telah didaftar secara sah dibawah nama Syria Care.

Alhamdulillah, sebanyak 50 khemah telah didirikan buat pelarian-pelarian baru ke kawasan itu. Dua set tandas yang mempunyai dua pintu setiap setnya juga telah dibina bagi memberi keselesaan kepada penduduk di kem tersebut.

Selain itu, sebanyak 15 tan briket zaitun telah diagihkan. 150 helai selimut juga diberi kepada keluarga-keluarga pelarian di sini. Di samping itu, sebanyak 50 pek makanan teah diagihkan di kem pelarian ini. Satu pek makanan terdiri daripada beras, gandum, lentil, minyak, garam, gula dan lain-lain makanan asas dan dapat memberi manfaat kepada 4-5 ahli keluarga di sana. Semoga bekalan yang telah diagihkan dapat mengurangkan beban dan kedukaan pelarian-pelarian di kawasan ini.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini