Para petugas meneruskan misi pada hari kesembilan dengan membuat agihan pek makanan di Kem Al-Farouq yang terletak Sarmada, Idlib.
Kem ini menempatkan balu dan anak yatim di mana suami atau ayah mereka telah menjadi mangsa konflik. Dalam setiap agihan yang dilakukan oleh pihak Syria Care, sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan akan dikenal pasti dan pertolongan akan cuba didahulukan buat golongan ini.
Alhamdulillah, sebanyak 100 pek makanan telah diagihkan di kem ini. Satu pek makanan terdiri daripada beras, gandum, lentil, minyak, garam, gula dan lain-lain makanan asas dan dapat memberi manfaat kepada 4-5 ahli keluarga di sana. Semoga beban di bahu ibu-ibu tunggal ini dapat diringankan dengan bantuan yang diberi.
#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain