Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan baju sejuk di Ulfah

WhatsApp Image 2019-11-29 at 9.18.03 AM

Pada hari ke 10 misi kemanusiaan, para petugas melawat semula ke Sekolah Ulfah yang menempatkan anak-anak yatim di Atma, Idlib.

Kali ini, para petugas mengagihkan pakaian-pakaian hasil daripada projek #warmtheirwinter. Projek #warmtheriwinter ini mengumpulkan pakaian-pakaian musim sejuk daripada seluruh rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, murid-murid kelihatan sangat gembira ketika mendapat baju sejuk yang masih dalam keadaan baik.

Projek #warmtheirwinter ini telah banyak memberi manfaat kepada saudara-saudara di Syria. Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang turut sama menjayakan projek ini. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini