Misi Kemanusiaan SC:BMS 4.0(2016)-Maahad Sheikh Abdurrazzaq

15232213_1160042520749251_145742097052366676_n

Al-Fatih, Istanbul, Turki. 23hb November, 2016. Rombongan misi Bantuan Musim Sejuk 4.0 yang diketuai oleh Pengerusi Syria Care sendiri, Ustazah Siti Sakinah binti Meor Omar Baki bersama krew Astro Awani menziarahi Ma’ahad Syeikh Abdul razak Al-Halabiy di kawasan Al-Fatih, Istanbul, Turki.

Ma’ahad ini adalah salah satu dari institusi pendidikan dan pengajian ilmu yang ditaja oleh rakyat Malaysia melalui Syria Care bagi memastikan proses kesinambungan pendidikan dan ilmu sentiasa berterusan mahupun mereka menjadi pelarian di bumi asing. Semoga nanti generasi ini akan menjadi penyambung legasi ilmu dan hikmah bagi membela akidah dan risalah yang dibawa oleh habibuna junjungan mulia Rasulullah saw di bumi Syam yang barakah.

Kongsi Artikel Ini