Misi Kemanusiaan SC:BMS 4.0-Markaz Da’am wa Tanmiyah Lilmar’ah (2016)

15203328_1783650661888545_5488041831938006392_n

25 November 2016. Reyhanli Hatay,Turki. Misi Kemanusiaan Syria Care 4.0 (2016). Sewaktu berada di Reyhanli Hatay,Turki Ustazah Sakinah telah mengambil kesempatan untuk meninjau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para pelarian Syria di kawasan sempadan Syria Turki. Ustazah menceritakan bahawa beliau mendapati orang-orang Syria walaupun negara mereka sedang berhadapan dengan peperangan dan krisis kemanusiaan paling dahsyat abad ini adalah satu bangsa yang kuat berusaha dan tidak mudah mengaku kalah. Mereka berterusan memikirkan cara dan jalan bagi memulihkan saudara-saudara senegara mereka dari trauma peperangan dan memberi mereka pendidikan dan sokongan yang sewajarnya.

Salah satu pusat yang telah didirikan adalah Markaz Da’am wa Tanmiyah Lilmar’ah yang terletak di Reyhanli,Hatay Turki. Lebih 600 wanita didaftar di pusat ini dan mereka berusaha membayar sewa bagi 290 orang balu.Mereka juga mengadakan kelas-kelas penggakian agama dan komputer dan berhajat untuk beri kursus kemahiran yang sesuai bagi kaum wanita agar mereka dapat berdikari kelak.

Marila sama-sama kita mendoakan agar mereka akan pulang ke negara mereka dalam masa yang terdekat ini.

Kongsi Artikel Ini