Dua keluarga yang sempat diziarahi oleh Ustazah Siti Sakinah pengerusi syria care dan krew dari Astro Awani Encik Nazri Kahar dan Encik Soliheen.
Keluarga ini tinggal di dalam sebuah rumah yang hanya terdiri dari 2 buah bilik. Di situlah mereka menerima tetamu dan di situlah mereka tidur dan makan minum.
Mereka telah melarikan diri dari Syria sejak setahun lalu apabila ditanya mengapa mereka melarikan diri si ayah menjawab rumah mereka telah hancur rebah ke bumi setelah ditimpa bom dari Bashaar dan sekutunya. beliau yang melahirkan perasaan marah kepada Bashaar kerana telah menyebabkan beliau serta jutaan rakyat syria yang lain hidup dalam keadaan yang sangat susah dan tak dapat kita bayangkan sehinggakan kemudahan asas sekalipun tidak dapat dimiliki.
Anak-anaknya tidak mendapat persekolahn akibat peperangan yang berlaku sedangkan pendidikan merupakan perkara asas buat semua kanak2 dan salah satu senjata untuk mengelakkan mereka dari terjebak dalam perkara2 yang merosakkan.
beliau bagaimanapun mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada kerajaan Turki yang memberi beliau dan keluarga ruang untuk hidup di Turki. Di akhir pertemuan ustazah telah menyampaikan kotak-kotak berisi pek makanan sebagai sumbangan bagi pihak rakyat Malaysia untuk meringankan bebanan kehidupan mereka.
Terima kasih buat semua penyumbang. Semoga Allah menerima ini semua sebagai malan soleh kita.