Misi Kemanusiaan SC 4: BMS – Majlis anak yatim Sarkhat Yateem(2) (2016)

15284089_1166080433478793_3189104302948250621_n

Pada 27hb November yang lalu,sewaktu menjalankan Misi Kemanusiaan Syria Care 4.0 Ustazah Siti Sakinah serta krew Awani Encik Nazri Kahar dan Encik Sallehin Hussain telah menghadhiri satu majlis meraikan anak-anak yatim markaz Sarkhat Yateem di Yayladağı Hatay,Turki. Bandar kecil ini terletak bersempadan dengan Latakia.malah dari tempat majlis diadakan bukit-bukau Latakia jelas di depan mata. Anak-anak ini kesemuanya telah kehilangan ayah mereka akibat peperangan yang berlangsung selapa 6 tahun ini.

Di majlis ini anak-anak ini menyampaikan nasyid dan qasidah.Juga mengadakan pertandingan kuiz dan sukaneka bagi memberikan sedikit kegembiraan dan memulihkan semangat mereka yang trauma akibat kehilangan ahli keluarga.

Kek yang dihiasi bendera Malaysia dan Syria dipotong bersama Ustazah Sakinah dan Puan hajar Penyelia Markaz Sarkhat Yateem.Kesemua 170 orang anak-anak yatim yang hadhir juga diberi kek istimewa dan ustazah mengambil\kesempatan untuk mengagihkan sendiri kepada anak-anak ini. Ustazah berkata ianya sebagai mewakili semua rakyat Malaysia yang setia menumbang bagi kesejahteraan rakyat Syria.

Terimakasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memungkinkan semua ini berlaku.

Kongsi Artikel Ini