Misi Kemanusiaan BMS 4.0: Keluarga Susah Di Çayırova Istanbul

15319064_1160146654072171_3897433371209558767_n

Ziarah dan penyerahan kotak makanan bagi keluarga susah di Çayırova Istanbul bahagian Asia. Keluarga ini berasal dari Damsyik.Di peringkat awalnya mereka tinggal di dalam kawasan rejim.Walaupun tidak diburu bom saban hari tetapi kehidupan mereka sangatlah susah dan mereka boleh ditangkap pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab tertentu.

Puan Zainab ibu kepada 6 orang anak yang comel ini menceritakan bagaimana di sana pihak tentera boleh datang pada bila-bila masa sahaja dan semua lelaki akan diambil untuk diserapkan ke dalam tentera mereka. Beliau mengambil masa beberapa bulan setelah berpindah randah dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dan berhadapan dengan berbagai sekatan sebelum dapat lari mengeluarkan dirinya dan keluarga dari bumi Syria untuk mendapatkan perlindungan di Turki.

Walaupun kini jauh dari dentuman dan hujanan bom anak-anaknya masih hidup dalam trauma dan sering ketakutan apabila mendengar bunyi-bunyianan yang kuat. Apabila ditanya adakah beliau ingin kembali semula ke Syria beliau berkata sudah tentu.cintanya pada tanahair tidak pernah pudar walaupun setelah lebih setahun berada di bumi orang.Namun keadaan di sana tidak mengizinkan.

Di akhir pertemuan Ustazah Siti Sakinah Pengerusi Syria care telah menyampaikan sumbangan berupa pek yang berisi makanan bagi pihak rakyat Malaysia buat mereka sekeluarga.

Semoga ianya dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan kehidupan kos yang tinggi di turki.

Kongsi Artikel Ini