Ahmad, 9 tahun, telah kehilangan zaman kanak-kanaknya akibat konflik.
Serangan bom di kampung halamannya, Jabal Zawiyah menyebabkan kakinya kudung dan satu jari tangannya terputus akibat serangan tersebut.
Ketika lawatan petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 ke khemahnya di Kem Azraq, dia dijaga oleh neneknya bernama Fatimah Zainudin.
Dia dijaga bersama-sama sepupunya, Zainab, 6 tahun dan dua orang lagi saudara yang berlainan upaya (OKU).
Walaupun kekurangan dari segi fizikal, petugas misi kagum dengan kebolehannya menghafal surah-surah daripada Al Quran.
Semoga Ahmad terus kuat menjalani liku-liku kehidupan dan membesar sebagai insan yang berguna.
#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity