Misi 12.0 | Ziarah pelarian di Kem Azraq, Al Bab, Syria (1)

20210305_115712

Para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 seterusnya melawat Kem Azraq, Al Bab di mana terdapat 300 buah keluarga pelarian. Mereka merupakan rakyat Syria yang melarikan diri daripada serangan di Maarat an Nu’man tahun lalu.

Tim misi membuat lawatan ke salah satu khemah pelarian di sana yang didiami Ahmad Yusuf Haji, berasal dari Jabal Zawiyah.

Usia lelaki tua ini sudah mencecah 61 tahun, namun dia terpaksa menjaga dua orang cucunya yang menderita sakit saraf.

Mereka masing-masing berumur 23 dan 20 tahun merupakan anak yatim dan memerlukan perhatian dan jagaan rapi.

Sebelum ini, terdapat pertubuhan yang memberikan bantuan kerusi roda, namun masih tidak dapat menampung keperluan mereka.

Kini, untuk segala pergerakan, beliau mengangkat sendiri cucu-cucunya.

Selain kerusi roda, kerusi tangan juga merupakan satu keperluan penting memandangkan mereka tidak dapat bersandar tanpa sokongan.

Tim misi menyerahkan sumbangan wang dan briket zaitun untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga ini.

Terdapat ramai lagi pelarian Syria yang menderita dan senasib dengan mereka dan mengharapkan sumbangan daripada kita semua.

Bersama Syria Care, kita bantu.

Sadaqah

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini