Misi 12.0 | Ziarah balu dan tiga orang anak

IMG_8456

Para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 meneruskan ziarah ke rumah keluarga pelarian Syria di Gazientap pada 3 Mac 2021.

Syaza Durablah merupakan seorang balu yang mempunyai tiga orang anak.

Empat tahun lalu, beliau bersama anak-anaknya melarikan diri sehelai sepinggang setelah kawasan kediaman mereka dibom oleh tentera rejim.

Lebih memilukan, empat bulan sebelum kejadian, suami Syaza tidak pulang ke rumah. Suaminya yang ketika itu keluar untuk melihat rumah baru mereka, hilang tanpa khabar berita.

Sehingga kini, beliau masih menyimpan baju-baju suaminya dengan harapan dia akan pulang suatu hari nanti.

Apabila ditanya tentang perasaannya sekarang, beliau hanya katakan satu sahaja, takut!

Anaknya, Mustafa, 11 tahun bekerja sebagai pembaiki kasut apabila cuti sekolah bagi membantu perbelanjaan harian mereka di sini.

Anak keduanya, Hayat berumur 10 tahun seorang pelajar pintar di sekolah dan bercita-cita menjadi seorang doktor gigi.

Sama-sama kita doakan urusan keluarga Syaza Durablah dipermudahkan oleh Nya.

Sadaqah

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini