Misi 12.0 | Penyediaan set iftar di dapur Ramadan Al Bab, Syria

DSC02066

Para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 sekali lagi membuat lawatan ke dapur Ramadan di Al Bab, Idlib di bawah seliaan Ulfah Humanitarian Relief.

Kali ini, mereka berpeluang melihat sendiri cara-cara penyediaan makanan serta turut terlibat dalam proses tersebut sehingga proses pembungkusan.

Sebanyak 350 set makanan yang disiapkan para petugas pada hari tersebut.

Tim misi berasa kagum melihat segala proses dapur Ramadan dijalankan dengan penuh penelitian bagi memastikan pelarian Syria mendapat juadah iftar yang terbaik.

Syria Care amat berharap agar dapur Ramadan ini dapat beroperasi sepenuhnya sepanjang bulan puasa nanti.

Kepada yang ingin turut sama mengambil bahagian dalam tajaan iftar, sumbangan boleh dibuat di pautan http://oderfood.my/.

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini