Misi 12.0 | Lawatan ke sekolah anak yatim tajaan Ulfah

20210306_143552

Perjalanan para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 diteruskan dengan membuat lawatan di salah sebuah sekolah anak yatim tajaan rakan kerjasama, Ulfah Humanitarian Relief.

Pusat ini ditubuhkan bagi memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian di sekitar Al Bab, Syria yang keciciran dalam pelajaran.

Ketika ini, seramai 1,925 pelajar diberikan pendidikan ilmu agama secara percuma.

Lawatan tim misi di sana dimeriahkan dengan persembahan oleh para pelajar.

Sumbangan makanan sebanyak 200 set juga turut diagihkan kepada mereka.

Semoga anak-anak ini membesar menjadi ilmuan dan dapat berbakti kepada negara mereka pada suatu hari nanti.

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini