Misi 12.0 | Lawatan ke rumah anak yatim di Azaz, Syria

IMG_8782

Khamis, 4 Mac 2021 merupakan hari pertama para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 masuk ke Syria setelah tiga hari berada di Gazientap.

Tempat pertama yang dilawati ialah sekolah anak yatim tajaan Afad, sebuah NGO Turki di Azaz, Syria.

Para pelajar di sana adalah antara penerima agihan selimut tebal sumbangan orang ramai melalui Kempen Bantuan Musim Sejuk 8.0 baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada anak yatim dan anak-anak miskin yang berumur 13 hingga 18 tahun.

Bahasa Arab, Bahasa Turki, Bahasa Inggeris dan hafazan Al Quran merupakan subjek utama yang dipelajari.

Mudir sekolah ini, Dr. Ahmad Al Yusuf, berasal dari Turki telah menetap di Syria selama dua tahun.

Anggota misi kagum melihat usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam menyediakan pendidikan dan kediaman yang selesa kepada anak-anak pelarian Syria.

Semoga mereka terus mendapat sokongan dan bantuan untuk terus menjadi pusat pendidikan terbaik kepada para pelajar di sana.

#misikemanusiaansyriacare
#misi12#inibukankerjamainmain#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini