Misi 12.0 | Lawatan ke Projek Mawaddah Wa Rahmah Fasa 3

DSC02283

Projek Mawaddah Wa Rahmah di Al Bab, Syria merupakan sebuah projek perumahan yang dibangunkan bagi memberi tempat tinggal yang selesa kepada pasangan pelarian Syria yang baru mendirikan rumah tangga.

Para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 tidak melepaskan peluang untuk melawat projek tersebut yang kini sudah berada di fasa ketiga.

Projek yang membabitkan 12 buah rumah ini telah diduduki oleh keluarga pelarian sejak April 2020 lalu.

Alhamdulillah, rumah yang mereka huni amat selesa dan lengkap dengan kemudahan asas.

Kehadiran tim misi di sana juga disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran.

Kepada yang telah menyumbang kepada projek ini, jutaan terima kasih kami ucapkan.

Semoga usaha kita meringankan beban mereka di dunia menjadi asbab bebanan kita diringankan di Akhirat kelak.

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini