Lawatan ke Wakaf Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC)

157521001_1407887996216782_1568566257425103347_n

Lawatan ke Kampung Malaysia Syria Care (KMSC) menjadi aktiviti kemuncak perjalanan tim Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0.

Penempatan yang dibina hasil wakaf orang ramai ini meriah dengan tawa riang kanak-kanak dan keluarga yang telah menjadi penduduk di kampung ini.

Tim misi dibawa melihat pembinaan Sekolah Ulfah, Souq Barakah, Pusat Perubatan Aafiyah dan Masjid Al Husna yang sudah hampir siap.

Telaga Fatimah juga kini sudah dikorek sedalam 600 meter dan membekalkan sumber air kepada seluruh KMSC.

Kepada pewakaf dermawan, penempatan yang terbina ini adalah hasil sumbangan anda semua.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada pihak Syria Care untuk melaksanakan amanah anda.

Namun, peluang untuk berwakaf masih terbuka.

Rebut keberkatan hari Jumaat ini untuk berwakaf bagi keselesaan para pelarian di sana.

Layari https://syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/ sekarang.

Kongsi Artikel Ini