#Milk4Syria Bantuan Susu Kontena Keenam Rakyat Malaysia Di Idlib

SAMSUNG CSC

Alhamdulillah bantuan kontena keenam rakyat Malaysia disambut dengan kesyukuran oleh penduduk Syria di Idlib, Perkampungan Jubas, Mashirfat, Asmaniat dan Rasim Soharij.

-Tarikh : 27/8/2017
-Jumlah agihan: 575 pek
-Penerima : Anak kecil diseluruh perkampungan di Idlib
-Pelaksana : Muassasah Al Ahbab
-Pembelian susu : Hasil sumbangan rakyat Malaysia

Bantuan susu #Milk4Syria ini adalah antara bantuan yang amat dinantikan oleh penduduk Syria terutamanya anak kecil, kerana jika dilihat, ramai dikalangan bayi serta anak kecil kurang mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka.

Terima kasih semua yang menyumbang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan anda semua.

#BeritaSC

FB: Syria Care Projects

[huge_it_slider id=”46″]

 

Kongsi Artikel Ini