KEMBARA JIWA & KEMANUSIAAN SYRIA CARE 2.0

Placeholder website-01

MENYANTUNI PELARIAN

Satu lagi keunikan dan kelainan dalam program Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care 2.0 kali ini keterlibatan orang awam dalam meraikan pelarian Syria yang berada di Istanbul.

Pelbagai aktiviti telah direncana bagi memberi keceriaan kepada mereka khususnya kanak-kanak.

Barangkali kita boleh perkenalkan acara sukaneka bersama anak-anak ini. Tawa riang mereka pasti sedikit sebanyak membantu mereka melupakan konflik yang pernah dilalui.

Masa juga akan diaturkan bagi melaksanakan acara penyampaian sumbangan kepada keluarga pelarian Syria yang susah dan masih berusaha memperbaiki kehidupan di negara orang.

Selain itu, kita akan turut menziarahi sekolah-sekolah anak-anak Syria di Istanbul.

Banyak aktiviti menarik ni!

Tidak ada yang membahagia kita semua melainkan memberi kebahagiaan kepada saudara yang lain.

Percutian hujung tahun ini akan menjadi satu momen yang akan dikenang selamanya…

Inilah percutian yang luar biasa. Ia adalah satu kembara yang meraikan pengisian jiwa dan menyantuni sesama manusia.

Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care 2.0 kali ini akan membawa 3 elemen istimewa iaitu :

🌍 Ziarah Istanbul dan Bursa
🌎 Pengisian Tadabbur Al Quran
🌏 Aktiviti Kemanusiaan

Inilah masanya.
Inilah peluangnya.

Pakej 3 dalam 1 yang tiada seumpamanya!

Jangan tunggu lagi ya! Pakej eksklusif ini sangat terhad.

Daftar terus untuk bersama meraikan satu kelainan.

https://syriacare.org.my/kembara-jiwa-kemanusiaan/

Untuk maklumat lanjut, hubungi Cik Zana di talian 011 1136 2567

#inilahsatukelainan
#rasainyasendiri
#inibukankerjamainmain
#SyriaCareforhumanity
#SyriaCare
#upliftingsoulandhumanity
#tadabburalquran
#ziarah
#aktivitikemanusiaan

Kongsi Artikel Ini