MENTERI SYRIA SERTAI PASUKAN PENYIASAT KE DOUMA

WhatsApp Image 2018-04-18 at 08.10.21

Syria dan Rusia akhirnya memberi kebenaran kepada pasukan penyiasat antarabangsa memasuki Douma di Timur Ghoutah bagi mencari bukti dakwaan serangan senjata kimia.

Menurut laporan SANA, delegasi Pertubuhan bagi Mencegah Senjata Kimia (OCPW) telah memasuki kawasan itu pada Selasa bersama Menteri Kesihatan Syria, Dr. Nizar Yazigi.

Delegasi berkenaan akan menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di kawasan berkenaan awal bulan ini yang mengorbankan lebih 75 nyawa.

“Mereka akan mengambil sampel dan menemuramah mangsa, doktor dan mereka yang berada di sana sewaktu kejadian berlaku,” lapor Al Jazeera.

Bagaimanapun sebelum itu, Perancis telah memberi amaran dan mempersoal keputusan yang diberikan.

“Ia nampak sangat bahawa bukti dan bahan berkaitan telah dihilangkan dari tapak kejadian,” kata Kementerian Luar Perancis dalam kenyataannya.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Menteri Luar Rusia, Sergei menafi keras tuduhan yang dilemparkan.

“Saya memberi jaminan bahawa Rusia tidak menceroboh tapak kejadian,”katanya kepada BBC.

Para penyiasat tiba di Damsyik pada Sabtu selepas Tentera Bersekutu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas lokasi yang disyaki terlibat dengan serangan senjata kimia ke atas penduduk Timur Ghoutah, 7 April lalu.

Bagaimanapun mereka dihalang memasuki kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.

Kongsi Artikel Ini