MEMPERKASAKAN SYRIA CARE

IMG_0436

Pada 15 Ogos 2017, SC Dynamic Sdn Bhd, sebuah entiti yang ditubuhkan bagi menjalankan usaha Syria Care menjana pendapatan sendiri telah mengadakan majlis previu serta pengenalan kepada Program ‘I am With You’.

Tujuan utama majlis diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada kakitangan Syria Care,orang ramai yang berminat serta ahli perniagaan tentang program ini secara khusus dan bagaimana semua orang berpotensi membantu dan juga memperolehi ganjaran dengan membeli atau menjual kad tersebut.

Sesi pembentangan pelan hala tuju program telah disampaikan oleh En. Syah Rizal Bin Mohamed selaku Business Development Director, SC Dynamic Sdn Bhd dan beliau turut memperkenalkan kad mudah alih Touch n Go yang boleh dibeli dengan harga permulaan RM149.00.

Kad tersebut mempunyai manfaatnya yang tersendiri seperti pembeli akan mendapat diskaun di beberapa merchant yang berdaftar di Syria Care Dynamic.

Program ini menggunakan slogan ‘Dear Children of Syria, the world is with you, I Am With You’.

#BeritaSC

@Syria Care Projects

[huge_it_slider id=”38″]

Kongsi Artikel Ini