MEMORANDUM BANTAHAN (Mei 2019)

61252012_2216949601725199_812366576975085568_n

MEMORANDUM BANTAHAN

Datuk Saifuddin Abdullah
Menteri Luar Malaysia

Daripada

SYRIA CARE
Tarikh: 30hb Mei, 2019

Berikutan perkembangan terkini di utara Syria, kami selaku gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Syria di Malaysia mengutuk keras pembantaian dan pembunuhan berterusan yang dilakukan regim Bashar al Assad dan sekutunya ke atas orang awam di Syria.

Keganasan pada 10 terakhir Ramadan terhadap rakyat yang tidak berdosa adalah satu kezaliman yang di luar batasan kemanusiaan.

Serangan pada Ahad (26 Mei 2019) adalah yang paling kritikal sejak empat minggu lalu. Dalam tempoh 24 jam, tidak kurang 295 serangan udara telah dilancarkan yang menjadikan kediaman, masjid dan pasar awam sebagai sasaran.

Sehubungan itu, selaku NGO yang terbabit dengan misi kemanusiaan untuk rakyat Syria, kami mengutuk keras apa yang sedang berlaku dan meminta kerajaan Malaysia, membuat pendirian yang sama.

Selaku Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kerajaan perlu memainkan peranan penting dengan mengusul dengan segera sidang tergempar untuk mencari penyelesaian bagi menghentikan konflik yang sedang berlaku.

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Pengerusi Syria Care

Kongsi Artikel Ini