MARIA : YATIM PIATU DARI TIMUR GHOUTAH

32538494_1684387684981396_291300019342934016_o

Maria Tohma merupakan salah seorang kanak-kanak perempuan dari Timur Ghoutah.

Kehidupannya tidak seindah kanak-kanak lain apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai kesulitan.

Admin pernah kongsikan berita tentangnya sebelum ini.

Klik link ini >https://www.facebook.com/syria.care/posts/1634545353298963 Cuba anda bayangkan, bagaimana anak kecil ini yang pada awalnya dia kehilangan ibu tercinta, kemudian diikuti pula bapa dan abangnya sedangkan dia masih memerlukan mereka bagi meneruskan kehidupannya.

Wakil Syria Care, Sheikh Abdullah Rahhal menziarahi Maria dan adik lelakinya yang kini menetap di Afrin, Syria setelah keluar dari Timur Ghoutah dan menyampaikan sumbangan dari Malaysia sebanyak 500 USD kepada mereka yang tinggal bersama nenek sahaja.

Dalam pertemuan yang sama, Sheikh Abdullah Rahhal turut mendaftarkan nama dua anak yatim piatu ini sebagai penerima tajaan anak yatim dari Malaysia melalui The Orphans Project By Syria Care #KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #misikemanusiaansyriacare6 #SyriaCareforhumanity

Kongsi Artikel Ini