Majlis Penyerahan Sumbangan #BantuanBencana Sinar Karangkraf

sinar

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf X Syria Care telah diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Tabung tersebut yang dilancarkan sejak 8 Februari sehingga 1 Mac 2023 telah berjaya meraih sumbangan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM250,000.00 dengan hasil kutipan sebenar sebanyak RM306,901.23.

‘Mock Cheque’ hasil tabung berkenaan telah diserahkan oleh Pengarah Eksekutif Grup Media Karangkraf, Farah Hussamuddin kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan para petugas Syria Care.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Sinar Harian di atas kerjasama dalam menjayakan tabung kecemasan ini.

Kongsi Artikel Ini