Majlis Pelancaran Kempen Bantuan Musim Sejuk 7.0 Syria Care

DSC03869

Telah berlangsung Majlis Pelancaran Kempen Bantuan Musim Sejuk 7.0 Syria Care pada 28 Ogos 2019 yang bertempat di Laman 83, D’Vida Business Centre. Bukit Jelutong, Shah Alam.

Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH & Aktivis Kemanusiaan selaku perasmi majlis, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat (Penasihat Kehormat Pendidikan Syria Care), Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood, Datin Ismalina Ismail (MAPIM), wakil TH Hotel, wakil Tropika Baby, wakil Affin Bank dan ramai lagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Syria Care, Ustazah Siti Sakinah diikuti dengan ucapan YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye dan pelancaran Bantuan Musim Sejuk 7.0 .

En. Nurul Azhar yang mewakili TH Hotel turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan untuk tabung Bantuan Musim Sejuk 7.0 Syria Care.

Istimewanya pada majlis pelancaran ini adalah sesi perkongsian Misi Kemanusiaan Syria Care 10.0 yang baru sahaja tamat pada 20 Ogos 2019 lalu oleh En. Razali Awang yang memasuki Syria selama beberapa hari bersama wakil Utusan, En. Aznan Bakar.

Majlis diserikan dengan tayangan montaj dan diakhiri dengan sesi sidang media untuk memberi peluang kepada para petugas media bertanyakan soalan-soalan kepada pihak Syria Care.

Majlis yang tamat pada jam 4.00 petang ini turut menyediakan sudut yang mempamerkan pek makanan yang diagihkan buat pelarian Syria melalui sumbangan orang ramai melalui Syria Care dan juga set khemah bagi menggambarkan bagaimana pelarian Syria tinggal di dalamnya bersama keluarga mereka.

Syria Care juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan media yang hadir dan membantu sebarkan projek kemanusiaan ini. Antara yang hadir adalah Utusan, Bernama, Berita Harian, NSTP, TV3, SWATV, Sinar Harian, RTM dan Santai Travel.

Kepada anda yang ingin menyumbang untuk tabung Bantuan Musim Sejuk 7.0 Syria Care, boleh salurkan ke akaun bank:

▪ Maybank Islamic: 562106653575
▪ CIMB Islamic: 8601894560
▪ RHB Bank: 26225000021775
▪ Affin Islamic Bank: 105990040004
▪ Bank Mualamat: 12020003634715

Ref: WINTER

Sumbangan atas talian:
▪ https://syriacare.org.my/donate/

Kongsi Artikel Ini