Majlis Apresiasi Syria Care bersama Khai Bahar Empire (K.B.E)

Placeholder website-01

Majlis Apresiasi Syria Care bersama Khai Bahar Empire (K.B.E) berjalan lancar petang Jumaat (10 Julai 2020).

Ia diadakan di pejabat Syria Care melibatkan 10 Ahli Jawatankuasa (AJK) K.B.E dan dihadiri oleh Khai Bahar.

Turut hadir, Wany Hasrita, Ikhwan Fatanna, Dr. Azrul Azlan, Izaan Talib, dan Zaki Hanafi.

Majlis itu bagi menghargai jasa peminat Khai Bahar yang sentiasa menyokong kerja-kerja kemanusiaan nya bersama Syria Care.

Selain minum petang, ia turut dimeriahkan dengan sesi bergambar bersama Khai Bahar.

Kongsi Artikel Ini