Madrasah As-Sahil: Misi Selamatkan Sekolah

WhatsApp Image 2019-02-18 at 4.14.00 PM(1)

Madrasah As Sahil
(Sekolah Rendah dan Menengah)

Baru-baru ini Syria Care dihubungi oleh pihak pengurusan Madrasah As-Sahil mengatakan bahawa sekolah ini bakal ditutup kerana tiada dana untuk menguruskannya. Hal ini kerana, penaja sebelum ini terpaksa menghentikan penajaannya atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Atas rasa tanggungjawab, Syria Care tampil untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

 

[huge_it_slider id=”600″]

 

Alhamdulillah.
Hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Tabung Kemanusiaan Syria Care, kita telah berjaya menghantar dana sebnayak RM21,000 kepada pengurusan sekolah.

Dana inilah yang telah menyelamatkan sekolah ini daripada terus ditutup.

Foto-foto ini menunjukkan para pelajar sekolah tersebut dapat meneruskan pengajian mereka hasil sumbangan anda semua.

Terima kasih rakyat Malaysia!
Semoga Allah berkati kalian.

www.syriacare.org.my

Kongsi Artikel Ini