LEBIH 100,000 SERBU SEMPADAN TURKI

Maxresdefault
Lebih 100,000 pelarian Syria yang cuba menyelamatkan diri dari serangan tentera regim Presiden Bashar al Assad ke atas Idlib dan Hama, telah berada di kawasan sempadan Turki-Syria.
 
Menurut jurucakap IHH, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Turki, Abdusselam El Sherif, jumlah itu membabitkan 23,775 keluarga.
 
Pertambahan mendadak dalam tempoh seminggu memburukkan lagi krisis kemanusiaan di kawasan Idlib yang bersempadan dengan Turki di mana pada masa sekarang ia terpaksa menampung lebih 2.6 juta pelarian.
 
“Sebahagian besar mereka telah tiba di sempadan Syria-Turki,”
 
“Mereka berterabur di banyak kem di mana terdapat keperluan mendesak bagi makanan dan pakaian,” kata El Sharif seperti yang dilapor Al Jazeera.
 
Selepas menguasai lebih 90 peratus wilayahnya, tentera regim Presiden Bashar al Assad cuba menguasai saki baki kawasan yang berada di bawah kumpulan penentang.
 
Selepas Raqqa, ia kini mensasarkan Hama dan Idlib.
 
Menurut Syrian Observatory for Human Right(SOHR), tentera kerajaan yang disokong sekutunya, Rusia dan Hizbullah telahpun mara lebih jauh ke dalam wilayah Idlib dan di lapor telah berjaya menguasai bandar Sinjar yang terletak kurang 20 kilometer dari Pengkalan Udara Abu Zohour.
 
Usaha menawannya dibuat bagi memastikan laluan Damsyik-Aleppo yang merentasi Idlib yang dikuasai kumpulan penentang pada 2015, dibuka semula sekaligus membantu kekuatan logistik dalam usaha menghapuskan penentangan kumpulan anti kerajaan.
 
#SCNews
 

Kongsi Artikel Ini