Lebih 100 nyawa melayang

WhatsApp Image 2019-07-12 at 10.26.21 AM

Lapan orang awam dikenalpasti menjadi korban letupan bom kereta berhampiran sebuah pusat pemeriksaan di Afrin.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), serangan pada Khamis telah meragut 13 nyawa.

“Sekurang-kurangnya enam daripada mangsa berasal dari Timur Ghoutah, kawasan berhampiran Damsyik yang pernah menjadi kubu kuat penentang,” kata jurucakap SOHR, Rami Abdulrahman.

Menjelang tengahari, satu lagi letupan bom kereta berlaku.

Kali ini ia mensasarkan gereja di bandar Qamishli yang berada di bawah kawalan tentera Kurdish, YPG.

Sementara itu, serangan udara oleh tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia ke atas Jisr al Shughour, di pinggir Idlib meragut sekurang-kurangnya lima nyawa orang awam.

Dalam perkembangan berasingan, sekurang-kurangnya 71 maut dalam pertempuran membabitkan kumpulan anti kerajaan dengan tentera regim Bashar al Assad di Idlib dan Hama pada Khamis.

Menurut SOHR, 41 askar kerajaan terbunuh dalam pertempuran di perkampungan Hamameyat, yang membabitkan kumpulan sekutu Al Qaeda, Hayat Tahrir al Sham (HTS).

Serangan yang dibuat pada awal berjaya mengusir keluar tentera regim dari situ.

Susulan kekalahan yang dialami, sekutu Bashar, Rusia melancarkan serangan udara berterusan ke atas kawasan berkenaan dan ia dilaporkan masih berterusan. Foto Syria Care.
Caption: Anggota White Helmet membawa keluar kanak-kanak yang menjadi serangan udara tentera regim Bashar dan sekutunya, Rusia di Jisr al Shoghour.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini