Lawatan Bekas Pelajar Maahad Al-Fateh, Damsyik

AL-GHAWTH

Pada 7 Ogos 2017, Maahad Al-Fateh, Istanbul menerima lawatan Sheikh Mohammed Aslam yang mana beliau merupakan bekas pelajar Maahad Al-Fateh, Damsyik yang telah musnah disebabkan letupan bom.

Lawatan beliau disambut oleh Pengetua Maahad Al-Fateh, Sheikh Mahmud Ad Dahla.

Maahad Al-Fateh, Istanbul adalah salah satu pusat ilmu yang dibiayai sepenuhnya oleh Syria Care melalui kempen Edu4Syria hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Pusat ilmu ini memfokuskan kepada pengajaran Bahasa Arab, Syariah dan Sains yang mana pelajarnya terdiri daripada pelarian Syria yang keluar mencari perlindungan di Istanbul.

Walaupun mereka adalah pelarian, tetapi hasrat untuk mencari ilmu buat bekalan di masa hadapan tetap menjadi keutamaan pelajar di institusi tersebut.

#BeritaSC 

[huge_it_slider id=”30″]

 

Kongsi Artikel Ini