LANCAR FASA KEDUA TAWAN IDLIB

Whatsapp Image 2018 01 23 At 2.52.47 Pm
 
Tentera regim Bashar dan sekutunya dilapor sedang bersiap sedia untuk melancarkan fasa kedua serangan ke atas Idlib.
 
Menurut sumber tentera di Hama, operasi kali ini membabitkan kawasan timur Idlib yang dikuasai Hayat Tahrir al Sham dan IS, yang berkeluasan 900 kilometer persegi.
 
Al Masdar News melaporkan, unit tentera yang lain akan mengasak kumpulan penentang berkenaan ke kawasan pinggir Idlib selepas tentera kerajaan berjaya menawan Pengkalan Tentera Udara Abu Duhur pada Isnin.
 
Tujuan menghalau mereka ke pinggir bandar Idlib dibuat adalah bagi mengakhiri kepungan yang dibuat ke atas of Al-Fou’aa dan Kafraya, yang dibuat sejak lebih dua setengah tahun lalu.
 
Fasa kedua serangan ke atas Idlib dijangka akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi, kerana usaha kini ditumpu untuk menghapuskan saki baki tentangan kumpulan penentang di sekitar Pengkalan Tentera Udara Abu Duhur.
 
 
 

Kongsi Artikel Ini