KUBUR BESAR MANGSA KEKEJAMAN PYD/PKK

WhatsApp Image 2018-03-26 at 10.15.22

Kubur besar mangsa pembunuhan beramai-ramai yang dipercayai dilakukan kumpulan pengganas Kurdish PYD/PKK hampir dua tahun lalu di Afrin, Syria dijumpai.

Sejumlah 59 mayat anggota Free Syrian Army (FSA) yang Pro Turki ditemukan di kampung Kucuk Meydan.

Usaha mencari dibuat berdasarkan maklumat daripada anggota pengganas yang ditahan selepas bandar Afrin berjaya ditawan.

Menurut agensi berita Anadolu, 29 mayat yang ditanam di daerah Azzaz telah dikenal pasti manakala saki bakinya sedang dalam proses.

Dalam serangan ke atas kampung Ayn Daqna, yang terletak di utara bandar Tal Rifat, 80 pejuang FSA telah dibunuh pada awal 2016.

Mayat 60 daripada mereka kemudian diarak disekeliling bandar dan tidak diserahkan kepada anggota keluarga mangsa untuk dikebumi.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Operasi Olive Branch yang bermula 20 Januari lalu akan mencapai matlamat selepas Tal Rifaat berjaya dikuasai.

“Insya Allah kita akan mencapai matlamat operasi untuk menguasai Tal Rifaat dalam tempoh masa terdekat,” kata beliau sewaktu Kongres Keenam Parti AK di Trabzon.

Pada ucapan yang sama yang dipetik Anadolu, Erdogan mendesak supaya tentera Amerika Syarikat menyerahkan kuasa Manbij dari YPG/PKK kepada mereka yang berhak.

 

Kongsi Artikel Ini